Untuk sesiapa yang pakai applikasi Google Maps atau Maps Ios, type:
Jalan Taman Tapah.
Kalau pakai Waze type :
Taman Tapah, Perak
Details:
1. Keluar dari tol lebuhraya, ada lampu isyarat, ambil kanan.
2. Teruskan perjalanan, belah kiri ada SMK , kalau nak ambil jalan tu pun boleh tapi kalau terlajak, perlahankan kereta ya, kat depan nanti belok kiri bila nampak gerai makan betul2 kat simpang jalan tu 😊
3. Terus aje ikut jalan selekoh ke kiri tu,
4. Kemudian simpang pertama masuk kanan,
5. Ikut jalan selekoh yang ke kiri jugak (jangan naik bukit tu sebab tu dah taman lain)
6. Terus aje akan ada nampak Pondok SRS dan simpang pertama (belok ke kanan)
lepastu ambil simpang kedua, (belok ke kiri).
7. Rumahnya dekat sebelah kiri kalau ikut jalan macam yang dah di describe kan ni 😂
8. Rumah kedua, rumah corner lot banyak pokok, orang melayu and sebelah rumah cina ada tokong merah depan rumah tu.
Sini ha
alamak tak nampak tokong tu tapi nampak kan yang terselit kat sebelah pokok tu ?
Rumah sewa yang pagar terbukak tu :)
Close-up view rumah sewa :
- Teres 2 tingkat uolsssss !
- Ruang tamu luas!!
- Ada laman belakang rumah boleh tanam macam-macam nak golek-golek pun boleh sebab rumput hijau subur !!!
- Ada 3 bilik airrr tak payah nak gaduh dengan member pagi-pagi. Nak cepelup (yak) pun boleh pilih nak tandas mana.
- Ada satu bilik tingkat bawah mengadap dapur. Situ bilik paling best paling sejuk wakatalu .
- Tingkat atas ada 4 bilik . Satu bilik tu bilik tambahan so sorang je boleh duduk.
- 2 bilik kongsi satu bilik air and 1 bilik lagi bilik master room ada balcony !
Okay jom tengok gambar.
p/s: rumah sepah sebab malas nak tanggung dah hahahahahaha
ruang tamu
ada katil sesat kat bawah sebab asalnya kat master bedroom tapi menyemak je so campak kat bawah buat lepak-lepak tengok tv. OH TV ADA ASTRO TAU!
Ni bilik kat tingkat bawah = ruang tamu yaaa. Tetiba kemas hihi . Pintu kuning tu toilet.
K jom tengok dapur! Kau yang suka memasak tu suka lah kan. Pastu boleh jual-jual buat duit extra!
Stove memang dah ada so don't worry just light up the fire and cook !
Ada peti ais pulak tuuuuuuuu. Apa lagi ko nak?
Ada washing machine! Tapi manual lah tapi yang bestnya boleh spin sekali so baju senang sikit nak kering :)
haa ni backyard rumah ni. Ada serai aku tanam sem lepas baru nak membesar sem akhir hampeh betul. Pastu ada pokok daun kari weh asyuk weh tak payah nak keluar duit beli barang basic ni. Kau tinggal tanam bawang dengan daun pandan kau boleh survive 3 sem berturut!
Okay jom kita panjat tangga..
tadaaa ni tingkat kedua. Nampak tak kucing tu? Nama dia Hitler tapi jiran kitaorang panggil dia Kucing Setan sebab dia selalu pukul kucing diaorang, nama Apai. Ek eleh gais ! Apai tu yang lembik sangat tau Hitler tak buat apa-apa dia dah menjerit duh so bapoks!
View bilik tak dapat nak tunjuk sebab sepah yang Maha SEPAH! Sebab mode masing-masing bercinta dengan paper je mood mengemas sekejap-sekejap je. Ada masa aku update gambar. (Ada ke penyewa tah ? bahahaha)
Okay last. Ruang parking ni boleh muat parking Waja, Kancil dan Axia ye sebenarnya. Kalau tak muat, kau lek je parking kat area taman ni sebab Taman Tapah surrounding dia memang best! Baik. Acik jiran sebelah pun baik cuma taktahu lah kitorang bising sangat kot sampai dia selalu balik Kelantan hahahahaha.
p/s: Kalau kau stok main futsal, kat sebelah rumah ni je padangnya. Kalau time bulan puasa nak solat terawih, kau boleh g surau Irsyadiah , sebelah padang tu. tak jauh langsung. Kau boleh bonding dengan acik-acik kawasan tu.
OH!! Kawasan ni ada laluan bas jugak tau! Cuma kena jalan jauh SIKITTTT JE . Lama-lama kau biasa, sumpah! Kau tengok la kami hidup je ni ha :)
Agak-agak kalau kau lapar malam-malam tu, kau boleh pergi gerai burger ket hujung. Kau keluar dari rumah ni, jalan kiri rumah paling hujung. Kalau tutup, kau pergi makan Kedai Anas. Kedai Thai tu sedap weh! Kalau tengahari kau makan kat kedai Ikan Bakar tu make dure kedai dia kat tengah akak cashier cantik tu, dia baik tau dia kasi harga student betul-betul student punya kau boleh sendawa 15 kali makan kedai tu tak rasa sesak sangat nak bayar. Kalau tongtong dengan member lagi untung.
Kalau kau duduk uniresiden depan uitm tu, kau kena jalan kaki tau pastu panas gila terik tau Tapah ni tak pasal-pasal kau sunburn pastu nak kena treat sunburn pulak pakai banyak duit hm hm . Kau pakai lah payung sebesar khemah pun Tapah ni terik lain macam! Kalau kau pilih duduk rumah ni, ada orang drive kau betul-2 kau mengadap bangunan fakulti kau tu :)
Boleh tolong berminat tak? Especially student UiTM Tapah . Kau nak rasa fun baik kau amik rumah ni daripada uniresiden hahaha . Walaupun rumah ni jauh dari UiTM, setakat ni tak pernah lambat lah p kelas . Okay aje. Nak tengok rumah ni?
whatsapp ONLY:
Yuyu: +6017-278 4421
Zack: +6011-1501 4893
Mary:+6012-205 2761
Ann : +6013-661 0947
Umai:+010-9145632